Thursday, December 13, 2007

Luapan Hati Rakyat Malaysia : Malulah Terhadap Diri Kamu Pak Lah

Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

Ya, Pak Lah kamu seorang insan yang lemah. Kerana apa diri ini menggelarkan kamu lemah? Kamu terlalu bergantung kepada nasihat si penasihat yang berangan nak jadi Anwar Ibrahim pada waktu mudanya. Ya, kamu mendapat sokongan anak muda pada waktu ini akan tetapi kelompok anak muda yang bagaimana? Adakah sokongan anak muda yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap itu merupakan satu sokongan yang berkualiti.

Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal sebagai seorang pemimpin. Kamu gagal membela nasib rakyat. Jika benar kamu membela nasib rakyat turunkan harga minyak, turun tariff eletrik, turun harga tol, turunkan harga barang keperluan. Apa guna WPI, Nusajaya, Penang Second Crossing dimana kadar tol yang dicadangkan kepada kerajaan sebanyak RM 9.40 bagi kelas kedua walaupun tiang besi masih belum dipacakkan ke laut, NCER, ECER jikalau kos sara hidup meningkat. Kamu yakin segala projek billion – billion ringgit kamu itu akan meningkatkan kualiti hidup?

Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal dalam mempertahankan kuasa kamu sebagai seorang pemimpin. Kamu terpaksa menggunakan isu perkauman yang jijik untuk mempertahankan kuasa kamu. Kamu terpaksa menggunakan para samseng busuk untuk mengugut rakyat agar terus setia menyokong kamu. Kamu terpaksa menggunakan polis untuk mematikan gelombang kebangkitan rakyat. Kamu terus – menerus menggunakan media untuk meracuni pemikiran rakyat dan tidak memberi sedikit ruang untuk parti politik lain untuk menggunakan media yang sedia ada. Kamu terus bersikap seperti penjajah British, Portugal, Belanda, dan Jepun kerana telah mengugut rakyat agar tidak menentang mereka dan jika rakyat degil kamu akan menahan mereka. Malu Pak Lah, malu sangat!!

Saya malu anda pemimpin seperti ini. Malu kerana kamu bersikap kejam dan zalim. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi undurlah dengan secara terhormat.. Undurlah.

Sudah tiba masanya anda berundur dengan terhormat kerana anda gagal sebagai pemimpin. Jika anda tidak mahu berundur maka bersiap – sedialah, rakyat akan turun ke jalan raya dan akan melaungkan

“ABDULLAH LETAK JAWATAN!”
UNDUR PAK LAH UNDUR!”

Malulah ke atas diri kamu Abdullah Ahmad Badawi.. malulah!!

- Malcom
Dipetik daripada Blog Amin Iskandar@Black

No comments: