Monday, December 10, 2007

T-Shirt Malaysia Maling Asia




Hayo beli beli, hehehe. Mari kita gunakan di airport-airport dan juga saat Demonstrasi Ganyang Malaysia !!!


Tetap dalam suasana damai dan penuh senyum. MMMmuuuuaaahhhhhh :)

Memerdekakan Mahasiswa Malaysia Yang Terbelenggu


Nyata kampus kita masih belum merdeka.Sistem keadilan kampus hanya memberi keadilan kepada golongan pendekar lembut yang galak menghunus keris dan memberi ketaatan total kepada sang penguasa.Lupakah kita kepada penganiayaan terhadap gerakan WUFI(We Unite For Islam) yang memenangi pilihanraya kampus di IIUM?Hanya kerana dicop sebagai condong ke arah parti pembangkang,maka hak WUFi untuk membentuk barisan kepimpinan dalam SRC(Student Representative Council) dinafikan.Bilik SRC dikunci dan kurangnya sokongan dari pihak pengurusan universiti terhadap WUFI apabila sesuatu aktiviti hendak dijalankan;memaksa pimpinan muda ini mencari alternatif sendiri.Berbulan lamanya kes ini berlarutan.

Itu baru satu kes,belum lagi kita selongkar perkosaan golongan primitif pro-aspirasi terhadap sistem pilihanraya kampus yang lain.Betapa wujudnya sikap 'double standard' terhadap pihak yang tegas menyatakan hak.Penulis belum lupa pada kes 30 mahasiswa yang membantu jentera pembangkang (Keadilan) dalam pilihanraya kecil Ijok sehingga KPT tegas mahu mengambil tindakan terhadap mahasiswa-mahasiswi ini.Aiikk..bagaimana pula dengan mereka yang giat berkempen untuk parti pemerintah?.Jika KPT lupa,sila selak Harian Metro pada masa kempen Ijok.Terpampang wajah seorang srikandi Puteri UMno,mahasiswa IIUM berposing sakan dengan kakaknya;bangga menyatakan mereka adalah warga muda yang menjalankan aktiviti Puteri UMNo di Ijok kala itu.Bagaimana pula dengan mereka ini?Mana tindakannya?

Selain sikap double standard,yang paling menghairankan penulis adalah sikap kerajaan yang membebaskan pula mahasiswa atas sesuatu yang tidak sewajarnya 'bebas'.Pelik,disaat kebebasan bersuara ke arah kebaikan oleh mahasiswa disekat dengan segala macam akta,tiba-tiba konsert-konsert dan aktiviti yang menghancur dan meruntuhkan akhlak dan potensi mahasiswa dibuka seluas-luasnya.Contohnya di UIA sendiri,konsert dibenarkan semasa saat konvokesyen (menurut rakan penulis,antara artis yang datang adalah JinbaRA,Waheeda dan Lan Pet Pet).Bagaimana sebuah universiti Islam boleh membenarkan perkara sedemikian terjadi?Hari yang sepatutnya gemilang buat mahasiswa dicemarkan pula dengan aktiviti bodoh seperti ini.Ahh... beginikah wajarnya intelektualisme generasi baru Islam dilayan? Pemikiran disekat tetapi nafsu dijamu sepuas-puasnya?

Jesteru itu penulis menyokong demonstrasi yang diadakan bagi menuntut kebebasan kampus di Malaysia baru-baru ini.Bukan kita hendak perjuangkan kebebasan total tanpa sempadan.Kita perjuangkan kebebasan selaras dengan syariat.Agar idea-idea baru dan kritikan-kritikan mahasiswa mendapat tempat dihati pemerintah dan masyarakat.Agar mahasiswa tidak sekadar menjadi 'pak angguk' yang buta tuli menyokong segala dakyah sang pemerintah yang terdesak mempertahankan kuasa.Agar mahasiswa menjadi cerdik dan prihatin terhadap masalah negara dan ummah.Agar mahasiswa mampu menjadi agen perubahan ke arah kebaikan.Agar mahasiswa apabila menjadi pemimpin kelak,tidak sekadar menjulang keris dan menjerit bodoh "Jangan cabar ketuanan Melayu!!' tetapi kukuh dan tegap mempertahan dan memurnikan perhubungan antara kaum yang tegang akhir-akhir ini.Benar-benar,penulis bangga dengan rakan-rakan seangkatan penulis ini yang tidak takut untuk memperjuangkan hak mahasiswa walaupun mungkin akan dikenakan tindakan kelak (sama-sama doakan agar tidak). Sekurang-kurangnya masih ada cahaya yang bersinar dalam kelompok mahasiswa di tengah-tengah kegelapan kuku besi sang penguasa.

Note :

Mahasiswa Malaysia terbelenggu oleh AUKU, semacam NKK/BKK (Normalisasi Kehidupan Kampus) pada zaman Suharto tahun 1980-an. Akibatnya aspirasi dan peran mahasiswa sebagai pengawas pemerintah kerajaan Malaysia tidak berfungsi. Kasihan banget ya....

PeRSoaLaN BaJeT 2008 DaN KRiSiS eKoNoMi MaLaYSia

Wednesday, September 12, 2007

Assalamua'laykum..

Alhamdulillah..Bajet 2008 dilancarkan 5 hari yang lalu.Pelbagai insentif diberikan.Bagusnya kerajaan.Melambung-lambung pujian ditaburkan.Inilah bajet terbaik dalam sejarah,bajet mesra rakyat dan sebagainya.Yuran sekolah dibatalkan dan biasiswa JPA dinaikkan.Benar,syukur kerana akhirnya kerajaan Malaysia yang budiman mendengar juga rintihan rakyat bawahan yang tertekan menyabung hidup dengan pendapatan tidak seberapa sekarang.Berhasil juga perjuangan pihak pembangkang meminta pendidikan percuma selama ini (Walaupun setahu saya Cuba telah mengadakan pendidikan percuma sejak 1959 lagi,Ya Cuba negara komunis pimpinan diktator Fidel Castro).Tapi bagaimana dengan penerima PTPTN yang merupakan majoriti mahasiswa?Tidak terlintaskah untuk menghapuskan riba?Bisakah kerajaan tegar melihat rakyat bergelumang dengan najis ciptaan Yahudi ini?

Saya ingin bertanya bagaimana dengan 'kecerdikan' kerajaan berbelanja sehingga bajet tahun ini mengalami defisit RM30 bilion yakni tertinggi dalam sejarah (Belanja pengurusan adalah RM176.9 bilion dan pendapatan adalah lebih RM140 Bilion)?

Bagaimana dengan perbelanjaan maintenance yg menjangkau RM9.7b?Sedangkan ia tidak memberikan nilai tambah kepada sesuatu projek itu.Dan lagi,bukankah telah sekian banyak projek diswastakan.Kenapa perbelanjaannya masih amat tinggi?

Seterusnya kita melihat trend projek mega mula kembali dalam sistem ekonomi Malaysia dengan pelancaran dan perbelanjaan tinggi koridor2 yang hendak dibuat.Berlaku pengulangan sebelum krisis kewangan 1997 dimana pelbagai projek mega dilancar pada zaman Tun Dr Mahathir.Saya bukan nak menyalahkan pembangunan,tapi apa manfaatnya pada rakyat terbanyak?

Dikatakan 500 ribu hingga 1 juta pekerjaan akan tercipta dengan membangunnya koridor itu,tapi untuk siapa?Kita atau pekerja asing?Orang Malaysia atau Mat-mat Bangla(maaf,saya bukan racist disini).Jawapannya utk pekerja asing.Sebab itu mengikut jangkaan, kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 5 juta pekerja asing menjelang 2010 berbanding 3.5 juta sekarang.Kenapa pekerja asing?Kerana syarikat-syarikat yang melabur lebih gemar mengambil pekerja asing kerana kos yang lebih murah.Sebab itu kita desak supaya ada gaji minimum.Agar nasib golongan pekerja Malaysia terjaga.Tapi apa jawapan kerajaan?

Jangan salahkan rakyat yg memilih kerja.Siapa yang mahu bekerja di tengah panas dan terima 400-500 sebulan sedangkan ijazah dalam genggaman?.RM500 itu pun dibawah paras kemiskinan (RM510 adalah tanda aras kemiskinan).Bolehkah anda hidup dengan RM500 sebulan terutama jika anda sudah berkeluarga?Ramai yang tidak tahu bahawa 200 000 rakyat kita tiada pekerjaan sekarang.Apa akan jadi pada 2010 kelak?

Sebab itu apa jaminan kerajaan bahawa rakyat terbanyak akan mendapat masa depan yang lebih baik melalui bajet ini?Tiada.

Dari sudut projek pula,siapa yang menerima laba terbesar?Kalau saya kata yang dekat dengan pemerintah,pasti saya dituduh pembangkang.Namun fakta mengatakan perkara sama,adakah fakta juga pembangkang?Contoh,Projek Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) ini dimiliki oleh UEM (United engineering Malaysia) Berhad.UEM dimiliki oleh Renong dan Renong pula dimiliki oleh Flat Holdings.Anda tahu siapa pemilik Flat Holding?UMNO!Ya UMNO atau Persatuan kebangsaan Melayu Bersatu!Sekarang anda tahu kenapa tol selalu naik? dan kenapa perjanjian berat sebelah tol yang menguntungkan UEM diletakkan dibawah Akta rahsia rasmi (OSA) dan rakyat diharamkan untuk tahu isi perjanjian?Tahukah anda bawa Jambatan Pulau Pinang Ke 2 juga dibawah kendalian UEM Berhad?Tahukah anda juga bahawa UEM adalah penerima bail-out TERBESAR Kerajaan Malaysia semasa krisis ekonomi 1997 (Tempat ke 2 adalah MISC milik anak Tun dr Mahathir)?

Tahukah anda juga bahawa semenjak 1996 hingga sekarang,kos hidup di negara ini telah meningkat hampir 50% sedangkan gaji fresh degree hanya meningkat dari RM1600 kepada RM1800 (12.5%)?

Tahukah anda bahawa pada 1970'an rakyat malaysia mempunyai pendapatan perkapita yang lebih tinggi dari Korea Selatan dan Taiwan dan sama tinggi dengan Singapura?Sekarang Pendapatan perkapita malaysia adalah RM21500.300% lebih miskin dari Taiwan(RM52700),Korea Selatan (RM66000) dan 500% lebih miskin dari Singapura (RM106000).Anda tidak tahu?Ya sudah tentu kerana media songsang Malaysia lebih gemar membandingkan Malaysia dengan Burundi,Swaziland,Bangladesh dan Zimbabwe.Ahh..kenapa tidak dibanding saja dengan Timor Leste?Pasti akan berbangga seluruh rakyat Malaysia kerana BETAPA KAYANYA KITA!.Aneh dan jelek,kita mengatakan kita adalah sebuah negara yang hampir maju,tetapi membandingkan kemajuan negara dengan negara-negara Afrika yang tiada sumber asli dan negara-negara yang dilanda perang.Walhal di Perancis,apabila didapati bahawa rakyatnya miskin 15% dr negara jiran,British,ia menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya Presiden.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa jurang pendapatan antara kaya dan miskin (individu) di Malaysia adalah yang ke 2 paling teruk di Asia bagi negara2 yang ada data.Satu2nya negara yang lebih teruk adalah Papua New Guinea.Didunia kita di ranking 101 dari 127 negara.Ini kajian dari Bank Dunia bukan dari saya.Anda bangga?

Tahukah anda pada 1997 (zaman Dato' seri Anwar Ibrahim jadi menteri Kewangan),Bursa Malaysia adalah Bursa tertinggi di Asia tenggara dan no 15 dunia?Dan Tahukah anda pada 2003,kedudukan Bursa Malaysia dipintas Bursa saham di Thailand dan Singapura?Ini data dari Persatuan Bursa Saham sedunia.

Tahukah anda beberapa tahun dahulu kita berada di tangga ke 2 di Asia Tenggara dari segi kejayaan menarik pelaburan asing?Dan sekarang kita berada di tangga ke 6?Tahukah anda,pelaburan asing di Malaysia merosot dari RM17.09b pada 2004 kepada RM14.69b pada tahun lepas?Ini laporan dari Laporan Pelaburan Dunia 2006,Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB.

Dan tahukah anda kadar jenayah di Malaysia pada 2006 adalah kira2 420 000 kes meningkat berbanding 325 000 kes pada 2005?Rujuk statistik PDRM di laman web mereka.Kenapa?ahh.. sudah tentu kerana Polis lebih gemar menggunakan anggota mereka untuk menghalang ceramah pembangkang dan menembak penyokong mereka dari mengejar pencopet dan pencuri kecil apatah lagi menangkap perasuah yang rapat dengan pemerintah.Kira-kira RM 6.22 bilion diperuntukkan untuk pada 2006 untuk Kementerian dalam Negeri sahaja.Kini untuk bajet 2008,bajet untuk PDRM sahaja adalah RM 6 bilion.Selain peruntukan untuk menambah 60 000 lagi anggota.Kita lihat bagaimana pula kadar jenayah selepas ini.Akan berbaloikah RM 6 bilion tersebut?

Dan akhir sekali tahukah anda bahawa apa yang saya dedahkan di sini hampir tiada langsung pernah didedahkan oleh media perdana?

Dan sekarang anda percaya pada media perdana?

Source : IbnuZack.Blogspot


Saturday, December 8, 2007

Rezim Represif Malaysia Melepaskan Gas Air Mata ke Masjid India

Andrew Ong (Malaysiakini)

Nov 10, 07 -- Polis melepaskan tembakan meriam air bercampur bahan kimia ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan aman menuntut pilihanraya bersih dan adil, mengakibatkan mereka bertempiaran lari mencari tempat untuk berlindung.

Ia berlaku kira-kira jam 2.10 petang di kawasan Masjid India, Sebahagian besarnya lari masuk ke dalam Masjid India dan sebuah bangunan berhampiran yang menempat sebuah bank dan stesen LRT.

Beberapa minit kemudiannya, tembakan meriam air itu dihalakan pula ke arah Masjid India dan orang ramai yang berkumpul di hadapan bank tersebut.

Kira-kira 800 orang di dalam masjid tersebut, cuba mengelak daripada terkena tembakan meriam air itu dan berarak menghala ke Dataran Merdeka, tetapi di situ juga mereka berdepan pula dengan tembakan meriam air.

Mereka kemudiannya berjaya beredar dalam jarak 50 meter dari Dataran Merdeka, dan ini memaksan trak meriam air itu berundur dari situ.

Jumlah orang ramai semakin bertambah menjadi lebih 2,000 dan mereka berterusan melaungkan "Allahuakbar".

Berlindung dalam masjid

Pada kira-kira jam 2.39 petang, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang sekali lagi lari berlindung dalam masjid dan bangunan sekitarnya.

Ketika itu, pihak polis telah dapat mengawal keadaan di depan Masjid India. Pihak polis kedengaran memberi amaran melalui pembesar suara, mengarahkan orang ramai supaya bersurai.

Amaran itu tidak diendahkan tetapi keadaan orang ramai masih terkawal. Mereka dilihat mengikut arahan daripada sukarelawan PAS.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, berbelas gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai di Jalan Tun Perak, untuk meleraikan orang ramai yang berhimpun di situ.

Ekoran itu, polis berjaya mengawal sebahagian jalan Tun Perak, dari Dataran Merdeka ke Lebuh Ampang.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, beliau turut terperangkap dalam kekecohan yang berlaku di luar Masjid Jamek.

Premis niaga ditutup

"Dua kali saya kena tembakan meriam air dan gas pemedih mata. Jelas kelihatan pihak polis cuba menghalang orang ramai di situ dan ia menyukarkan kita untuk meneruskan perarakan, tetapi kita berjaya juga,"
katanya kepada AFP.

Kira-kira 500 orang menunggu selama kira-kira setengah jam di Masjid Jamek dan lorong menuju ke Jalan Medan Pasar sebelum bersurai.

Terdapat laporan yang mengatakan hampir keseluruhan mereka kemudiannya menyertai satu lagi kumpulan orang ramai di Pasar Seni dan kompleks membelibelah Sogo.

Tidak dapat dipastikan sama ada sebarang tangkapan dibuat dalam kawasan stesen LRT Masjid Jamek. Bagaimanapun, terdapat laporan tidak rasmi mengenai seorang remaja cedera terkena kanister gas pemedih mata.

Manakala orang ramai yang kebetulan melalui jalan antara Putra LRT dan the Star turut terkena gas pemedih dan tembakan meriam air itu.

Source : Tragedi Batu Burok