Sunday, December 23, 2007

Asiaweek Sahkan Media Utama Malaysia Tidak Boleh Dipercayai

Oleh SANTHA OORJITHAM

Pilihanraya Umum tahun 1990 dan 1999 merupakan titik perubahan kepada pembangkang di Malaysia. Kemunculan dua pakatan pembangkang yang bertindan pada pilihanraya sebelumnya dan sebuah kesatuan pakatan pembangkang dalam pilihanraya yang terakhir telah membantu parti berkenaan memenangi lebih banhyak kerusi di parlimen. Akademia Malaysia sekarang ini menganalisa kredibiliti dan liputan media dalam dua tahun berkenaan – memperlihatkan kemunculan beberapa arah aliran yang menarik.

Sebagaimana dijangkakan, pakatan pemerintah Barisan Nasional telah memperolehi ruang liputan terbesar di dalam kempen 1990 dan 1999, biarpun terdapat pertambahan ruang liputan berita pembangkang diberikan oleh akhbar berbahasa Inggeris dan Cina dalam pilihanraya yang terkemudian itu.

Perkara yang mengejutkan ialah keputusan kajiselidik ke atas kebolehpercayaan berita politik dalam media tempatan. Pada tahun 1999, radio menduduki tempat pertama, diikuti olehakhbar dan TV. Tetapi, pada April tahun ini, TV mendapat kedudukan teratas, diikuti oleh media cetak dan radio manakala Internet (yang tidak dikaji dalam soalselidik 1990) berda di tempat terakhir. Analisa keputusan berdasarkan kaum menunjukkan responden Melayu sekarang telah berkurangan kepercayaannya terhadap tiga media utama dibandingkan 10 tahun dulu. Dalam pebuangan undi baru lau, lebih daripada separuh undi Melayu diberikan kepada pembangkang.

Pada 1990, dua pakatan baru pembangkang – Angkatan Perpaduan Ummah serta Gagasan Rakyat telah dihubungkan oleh Semangat 46 di bawah kepemimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, mantan naib Presiden UMNO yang gagal menyaingi PM Mahathir sebagai presiden parti pada 1987. Gabungan pembangkang itu membolehkan mereka memenangi 35 kerusi parlimen ( meningkat daripada 29 pada 1986). Kerusi milik BN telah merosot daripada 148 kepada 127 dan perolehan undinya berkurangan daripada 57.3% dalam tahun 1986 kepada 52% dalam tahun 1990. Dalam pemilihan 1999, ketika mana mereka berhadapan dengan pakatan Barisan Alternatif (BA) pembangkang, perolehan undi BN telah sekali lagi merosot kepada 56% (daripada 65% pada 1995) dan jumlah kerusinya juga telah merosot dari 162 kepada 148.

Prof. Syed Arabi Idid daripada Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menganalisa liputan media dalam tiga siri pilihanraya lepas (1990, 1995 dan 1999) kini sedang menerbitkan edisi terkini bukunya Agenda Setting: The Role of the Media in Elections. (Ia pertama kali diterbitkan dalam 1994. Edisi terbaru akan mengandungi analisa mengenai dua pilihanraya terakhir.) Sejak lebih satu dekad, beliau telah mencatatkan suatu arah aliran sebahagian besar liputan yang memberi fokus kepada BN – yang pastinya positif. Sepanjang tempoh kempen 1990, media berbahasa Melayu telah menerbitkan 494 berita tentang BN, 404 berita mengenai pembangkang dan 276 berita lain berkaitan pilihanraya. Dalam kempen pilihanraya baru lalu, media berbahasa Melayu menyiarkan 426 berita BN, 411 berita tentang Barisan Alternatif pembangkang dan 285 lagi berita berkaitan pilihanraya. Bekas pembantu penyelidik kepada Syed Arabi, Chang Peng Kee mencatatkan bahawa liputan oleh media berbahasa Cina dan Inggeris menge

nai berita pembangkang telah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding sepuluh tahun lalu.

Syed Arabi pula mendapati lebih banyak berita dalam pilihanraya 1999 berbanding beberapa tahun sebelumnya, “mungkin kerana minat yang bertambah disebabkan isu Anwar, dan mungkin juga disebabkan persaingan yang semakin meningkat diantara akhbar.”

Paling menarik ialah kaji selidik ke atas kebolehpercayaan media. Dalam tahun 1990, 9% dari kaum Melayu yang telah ditemubual amat mempercayai berita politik yang mereka dengar di radio, 78% pula berkata mereka mempercayainya. Bagi suratkhabar, angkanya ialah 10.7% dan 73.8% masing-masing. TV berada di kedudukan terakhir dengan 13.4% dan 73.1%. Kedudukan tiga media tersebut telah bertukar dalam kajian bulan April baru lalu. Kepercayaan kaum melayu terhadap semuanya telah berkurangan, dimana 5.3% dari 398 orang yang ditemubual amat mempercayai apa yang dilapurkan di TV dan 63.8% mempercayainya. Suratkhabar dan radio boleh dikatakan merosot dan Internet (kategori baru) berada di kedudukan terakhir.

Apakah yang ditunjukkan oleh keputusan kajiselidik tersebut berkaitan peranan media dalam penentuan agenda semasa pilihanraya? “ Semakin banyak liputan dan semakin positif liputan tenmtang BN tidak semestinya memberi lebih undi kepada parti tersebut,” Syed Arabi mengingatkan. “ Kebanyakan rakyat telah pun membuat pilihan untuk memberi undi kepada parti yang mana sebelum penamaan calon. Dan rakyat tidak hanya bergantung kepada sumber-sumber arus perdana. Mereka juga boleh medapatkan maklumat daripada media alternatif seperti suratkhabar parti dan juga ceramah.” Tetapi, beliau berkata bahawa golongan atas pagar mungkin dipengaruhi oleh liputan media sepanjang tempoh kempen. “ Mereka mungkin melihat kepada calon atau arah kecenderungan masyarakat.”

PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com

Source : Detik.Daily.Tripod.com

Note : Kepada Warga Malingsialan, Jangan Percaya Media Pemerintah Kerajaan, Kerana Media Massa di Negara Malingsialan Sangat Sesat dan Menyesatkan ! Terkecuali Apabila Anda Ingin Jadi Moron ! Go ahead :)

No comments: