Saturday, December 8, 2007

Refleksi 50 Tahun Malaysia Merdeka

Sudah 50 tahun Malaya merdeka. Dan hampir 44 tahun terbentuknya Malaysia. Namun rakyat masih lagi hidup menderita. Di negara sendiri, seperti di dunia asing. Penjajahan dalam bentuk baru telah berlaku.

Gedung-gedung besar dibuka untuk memusnahkan peniaga-peniaga kecil. Gaji naik tidak ada makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Pemimpin sombong dan bongkak.

Rasuah menjadi perkara biasa. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana selama bergenerasi. Monopili disokong kerajaan. Anak dan menantu perdana menteri dibiarkan membolot harta negara dan kuasa.

Politik gengsterisme yang dikepalai oleh menantu perdana menteri dibiarkan berleluasa. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rumah orang miskin dirobohkan. Rumah menteri dipagar tinggi-tinggi.

Kerajaan tidak membela rakyat ketika pemodal menaikkan harga. Perdana Menteri bapak rasuah. Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan CIA, Amerika. Dengan alasan melawan terorisme, CIA melatih polis. Dimanakah kedaulatan negara?

Bendera negara tak banyak bezanya dengan bendera Amerika. Polis dibiarkan menguasai negara. Ikut stail Amerika dimana CIA yang menguasai negara. Warga asing dibunuh kerana berebut komisen. Hakim yang seharusnya memberi keadilan bersekongkol dengan pembunuh.

Pemubunuh akan dilepaskan. Polis dibiarkan terus berkuasa mambawa agenda imperialis Amerika. Kem Kamunting telah dikosongkan. Siapa lagi yang akan kena? Apa sudah jadi dengan negara ini? Lagu dan cerita lama dimainkan semula.

Source : MalaysiaKiri

Note:

Kenyataan di Malaysia berlawanan dengan opini Malaysia Trully Asia


No comments: