Thursday, December 13, 2007

Jabatan Pelajaran, Jabatan Paling Korup di Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini dikejutkan lagi dengan dakwaan dari Dato’ Madius Tangau (BN Tuaran) yang menyatakan beliau mendapat satu laporan bahawa Jabatan Pelajaran adalah jabatan yang tertinggi kes korupsinya.

Menurut Madius, dakwaan itu diterima dari seorang usahawan yang menyatakan bahawa seorang Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kota Kinabalu mendedahkan nama jabatan itu dalam satu seminar di Kota Kinabalu sebelum ini.

“Saya telah menerima soalan ini setelah dapat aduan dari ahli pengarah sebuah syarikat, semasa menghadiri satu kursus.Beliau mendakwa dalam satu ceramah Pegawai BPR itu memberi soalan kepada peserta, mana jabatan paling korup dalam Malaysia,” katanya.

“Dan bila peserta kata polis paling korup, tetapi pegawai itu sebaliknya memberitahu bahawa Jabatan Pelajaran paling korup.Saya terkejut sebab jabatan ini adalah tunggak kepada pembinaan insan di negara kita,” katanya sambil meminta penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohammad Nazri Aziz.

Dalam jawapannya Nazri memberitahu, jawapan yang dikemuka pegawai tersebut adalah tidak benar.

Mengikut maklumat, pada tahun 2003 hanya lima orang sahaja kakitangan jabatan itu di hadapkan ke mahkamah kerana kes korupsi, sementara pada tahun 2004 dan 2005 masing-masing enam kes, katanya.
Begitupun beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pengiraan paras tinggi korupsi itu kerana ‘benchmark’ jabatan tersebut yang tinggi yang baginya mungkin dalam sesuatu tahun tertentu sepatutnya hanya ada satu kes sahaja, katanya.

“Ia satu yang subjektif tetapi bagi saya dakwaan itu tidak benar,”katanya.

oleh : Wan Nordin Wan Yaacob

Source : Gerak Malaysia


Note : Ternyata di Malaysia juga ada banyak kasus korupsi. Cuma hebatnya pemerintah kerajaan Malaysia pandai menipu rakyatnya dengan propaganda media massa yang semuanya pro pemerintah kerajaan.

No comments: